Friday 4 January 2013

OPA GANGNAM STYLE

Saya berani mengatakan bahawa mungkin lebih dari 50 peratus dari pengguna Facebook tahu apa yang dimaksudkan dengan Opa Gangnam Style.

Tidak kiralah dari yang kecil sehinggalah orang tua, begitu ramai yang mengetahui apakah itu Opa Gangnam Style.

Tetapi saya tidak sangka bahawa kesannya begitu besar sehinggakan budak-budak di perkampungan yang miskin pun turut menyanyikan bait-bait lagu tersebut.

Ketika sedang berbual dengan seseorang di sebuah kampung kelmarin, tiba-tiba terdengar di telinga saya satu bait lagu yang berbunyi, "Ohhhh, Sexy Lady....."beserta dengan irama yang pernah saya terdengar di dalam lama youtube. 


Budak-budak kecil yang tak sampai 10 tahun yang menyanyikannya, lebih kurang 5 orang, lelaki dan perempuan, terkinja-kinja.

Kemudian disambung oleh seorang tua yang berhampiran, "Opa Gangnam Style!".

Dahsyat, sebegitu hebat syaitan dalam memperdayakan manusia.

Tidak terbayang di kotak fikiran saya, apakah budak-budak itu sudah pun menyaksikan video tarian tersebut.

Di samping itu hendak saya berkongsi di sini apakah hukumnya Opa Gangnam Style ke, irama Malaysia ke, dan lain-lain.

Semoga ALLAH memelihara kita semua dari syaitan!

Hukum tarian.

Wednesday 2 January 2013

Lama menyepi.

Seingat saya, semenjak dari bulan Ogos lagi saya tidak melakukan sebarang perkongsian.

InshaALLAH akan kembali menapakkan kaki ke dalam arena blog ini kembali untuk mengimarahkan lagi dunia yang dicipta ALLAH SWT ini.

Friday 27 July 2012

LAGHA DAN NIKMAT

Baru-baru ini, ketika dalam perjalanan untuk menziarahi bekas Imam Kampung Jambu bersama-sama dengan Imam Muda Kampung Jambu, kami banyak berbincang mengenai soal-soal kehidupan.


Antara yang dibincangkan adalah, kita lagha, sering lupa kepada ALLAH SWT, tetapi tetap diberi nikmat oleh ALLAH SWT. Kami banyak bercerita mengenai pengalaman masing-masing mengenai topik ini.


Apa yang membimbangkan saya adalah sekiranya nikmat yang diberi itu adalah apa yang dipanggil oleh Ulamak sebagai Istidraj. Istidraj adalah satu bentuk pemberian dari ALLAH SWT untuk hamba yang derhaka kepada DIA, supaya makin bertambah kekejian mereka itu di atas dunia.


Semoga kita dapat menilai kembali segala nikmat yang telah diberi oleh ALLAH SWT kepada kita, tambahan pula ketika di bulan Ramadan ini.


Semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung.



Saya bersama dengan Uzair dan Ustaz Wan Chit




Anda juga mungkin meminati:


Sejarah diri bersama Stimulatherapy.



Sunday 22 July 2012

Memarahi Dunia

Assalamualaikum.

Dengan sukacitanya saya ingin berkongsi dengan anda sedikit nukilan Imam Al Ghazali ra di dalam salah sebuah karyanya yang tersohor iaitu Ihya' 'Ulumiddin, jilid 5.



Berikut merupakan petikan yang diambil dari terjemahannya, iaitu:


Isa a.s. berkata: "Siapa yang membangun rumah di atas ombak laut, itulah dunia. Maka janganlah kamu mengambilkannya menjadi tempat ketetapan!"
Ada orang yang mengatakan kepada Isa a.s.: "Ajarilah kami suatu ilmu, yang akan disayangi kami oleh ALLAH atas ilmu itu". Lalu Isa a.s. menjawab: "Marahilah dunia, niscaya kamu akan disayangi  oleh ALLAH Ta'ala".
Abud-Darda' berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَوْ تَعْلَمُوْنَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيْللًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيْرًا وَلَهَانَتْ
 عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا وَلَآ ثَرْتُمُ الآ خِرَةَ
Artinya:
Jikalau kamu ketahui, apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan tertawa sedikit dan menangis banyak. Dan akan hina kepadamu dunia dan kamu akan memilih akhirat".


(Diriwayatkan Ath-Thabrani. Permulaan hadits ini desepakati Al-Bukhari dan Muslim dari Anas)


Saya pernah mendengar beberapa tafsiran akan hadis yang saya kongsikan di sini. Ianya berupa begini:
- Kita bukannya dilarang tertawa tetapi kita digalakkan untuk selalu menghisab diri kita ini.


Ayuh kita lihat pada diri kita sendiri, yang mana satukah yang banyak kita lakukan di dalam aktiviti harian kita, tertawakah atau menangiskah?

Ini merupakan Ramadhan kita yang ke 2 pada tahun ini, kita sendiri tahu apakah amalan yang telah kita lakukan sepanjang 2 hari ini.

Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa-dosa kita. 

 
 
 
 

Tuesday 17 July 2012

Wanita Soleh

Assalamualaikum. 


Oleh kerana hanya tinggal beberapa puluh hari sahaja menjelang hari perkahwinan saya (Insya-ALLAH pada 23.8.2012), ingin saya berkongsi serba sedikit apa yang saya telah temui di dalam kitab terjemahan Ihya' 'Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali, jilid ke 2, di bawah bab Nikah.





Terdapat satu petikan yang mengatakan bahawa:


Maka wanita yang shalih, yang dapat mengurus rumah tangga, adalah menolong Agama dengan jalan tersebut. Dan rusaknya sebab-sebab tadi, adalah merepotkan, menggangu hati dan mengeruhkan kehidupan. Dan karena itulah, Abu Sulaiman Ad-Darani r.a. berkata: "Isteri yang shalih, tidaklah termasuk dunia. Karena dia menyelesaikan engkau keakhirat. Dan penyelesaiannya itu, adalah dengan mengurus rumah tangga dan bersama dengan menunaikan nafsu-syahwat".


Berkata Muhammad bin Ka'b Al-Qardhi, mengenai pengertian firman ALLAH Ta'ala:


ربنا اتنا في الدنيا حسنة

Artinya: "Hai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan didunia ini" - S. Al-Baqarah, ayat 201, beliau berkata, yaitu: wanita yang shalih.

Daripada sedikit petikan daripada bab tersebut telah menunjukkan betapa hebatnya taraf seseorang wanita yang soleh.

Adalah sangat menguntungkan sekiranya seseorang lelaki dapat memperisterikan seorang wanita yang soleh kerana wanita yang soleh akan sentiasa berusaha membantu suaminya untuk menggapai keredhaan ALLAH SWT.

*Semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung.


Sunday 15 July 2012

ANTARA MINAT DAN IMPIAN.




Sejak dibesarkan di negeri Kelantan, pelbagai perkara yang telah dilalui, yang pastinya telah menjadi guru yang penting di dalam memahami erti kehidupan.

Sekiranya diimbau kembali, kebanyakkan dari adik-beradik saya pun dihantar untuk membesar di negeri Kelantan apabila mencapai usia yang tertentu. 

Meskipun jika dilihat dari aspek fizikal, negeri Kelantan masih tidak dapat menandingi negeri asal saya dibesarkan iaitu Selangor, saya mendapati bahawa kehidupan di sini adalah jauh lebih menyeronokkan dan menenangkan. Lain orang lain pula citarasanya.



Di negeri ini, saya telah dibesarkan di dalam suasana yang menuntut saya untuk mempunyai minat ataupun impian yang tersendiri kerana di negeri Serambi Mekah ini, saya telah difahamkan bahawa sebagai seorang Muslim, kita perlu mempunyai satu minat yang boleh membawa kita untuk mencapai impian kita yang tersendiri. Di dalam konteks agama Islam, impian kita adalah untuk menggapai syurga dan keredhaan ALLAH SWT.

Saya berusaha untuk menjadikan pengajian ilmu sebagai salah satu minat utama saya kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi sekiranya digunakan dengan betul, insyaALLAH.

Semoga dengan minat ini mampu memberi sesuatu yang paling berharga bagi seseorang hamba ALLAH SWT.